Make your own free website on Tripod.com
zhah_sastera
Novel
Home | Soalan Sastera SAGA dan HANG TUAH | Sekilas Info | Kandungan | Kesusasteraan Melayu Tradisional | Sastera Panji | Halaman Kenangan | Novel | Prosa tradisional

Tema dan persoalan SAGA

Berbagai-bagai definisi tema dikemukakan. Pokok persoalan atau makna yang penting di dalam karya adalah di antara penceritaan yang juga popular. Bagaimanapun tema adalah pusat penceritaan. Tema juga jawapan kepada aspirasi dan hasrat si pengarang. Kadang-kadang tema muncul secara jelas, tetapi ada masanya ia tersembunyi dalam cerita. Novel yang besar dan bermutu, sering menyembunyikan temanya. Hanya setelah membaca keseluruhan karya itu, barulah kita dapat menangkap apa yang hendak disampaikan oleh  pengarangnya.

 

Sama seperti plot, tema juga mempunyai tema besar dan tema kecil. Tema besar ialah  yang pusat pencarian dan tema kecil atau sampingan ialah persoalan-persoalan yang turut membantu menguatkan tema besarnya. Ada juga yang berpendapat,  sebuah novel itu banyak mengandungi persoalan. Ada prsoalan kekeluargaan, perang, maut, nilai-nilai hidup dan sebagainya. Kesemua persoalan itu dicantumkan menjadi suatu tema, iaitu tentang unsur-unsur kehidupan dan nilai tradisi dalam zaman mencabar sekarang ini.

 

Apabila seorang itu membaca novel, yang sering menarik perhatiannya ialah ceritanya. Dengan itu di dalam cerita ini, sebenarnya terkandung tema. Dalam proses penciptaan, seorang itu selalunya akan dimulai dengan keinginan untuk mengemukakan sesuatu cerita. Dan seorang pembaca pun membaca sesebuah  novel akan dimulai dengan pertanyaan: apakah ceritanya? Hakikat ini sangat perlu difahami, supaya sampai kepada suatu titik pertemuan, bahawa seorang novelis itu dalam apa hal pun akan segera mementingkan apakah cerita yang boleh disuguhkannya kepada pembaca.

 

Pemilihan tema menjadi asas kepada mutu dan nilai penulisan. Sebuah karya yang besar biasanya akan memilih persoalan yang besar dan dekat hubungannya dengan tamadun sesuatu bangsa itu. Ia akan menghasilkan karya yang dapat membantu bangsanya menjadi suatu bangsa yang kuat. Mendidik mereka berfikir dan selalu sensitif terhadap temadun dan kemajuannya, lebih-lebih lagi untuk hidup pada zaman ini. Tema yang rendah, menjatuhkan  maruah, yang murah dan tidak akan tergesa-gesa. Setiap apa yang dihasilkan telah dimatangkan dan yakin temanya itu penting, besar, sesuai dan menolong bangsanya.

 

Abdul Talib Mohd Hassan mula menulis novel saga pada tahun 1970_an. Novel  ini telah memenangi hadiah pertama dalam pertandingan Sayembara Novel Gapena tahun 1976. Pada zaman itu kerajaan Malaysia mengutamakan kemajuan masyarakat di luar Bandar terutama orang-orang Melayu dalam kemajuan ekonomi mereka standing dengan bangsa asing.

 

Abdul Talib telah menunjukkan kemampuannya dalam mengarang Novel Saga dengan menyentuh beberapa persoalan iaitu: perjuangan, pengorbanan, cinta dan pembangunan masyarakat desa. Novel ini juga melihatkan teknik penceritaan seperti: pengimbasan, pengucapan, suspen dan sebagainya untuk menarik perhatian para pembacanya.

 

Tema merupakan suatu perkara yang penting dalam sesebuah novel lebih tepat lagi ia merupakan persoalan pokok dalam novel. Ini kerana ia adalah penentu kepada jalan cerita dalam novel. Tema dalam novel saga yang boleh di kaji ialah mengenai pembangunan, di mana terdapat kebanyakan persoalan yang ditimbulkan di dalam novel tersebut tentang pembangunan dan percintaan, sama ada dari segi  suasana kampung Batu Ragi.

 

Novel saga yang boleh dijadikan bukti kepada pembangunan iaitu di mana Rahmat dan Hisyam telah menghimpunkan orang kampung untuk dilantik sebagai ahli jawatankuasa dalam perbincangan untuk mendirikan sebuah sekolah di mana mereka telah mencapai persetujuan. Kemudian Rahmat memperkenalkan peti TV, dengan adanya television orang kampung dapat mengenali dan mengetahui apa yang berlaku di luar kampung mereka.

 

Selain itu mereka mencadangkan untuk membuat jambatan, pada mula cadangan ini tidak di persetujui tetapi akhirnya rancangan itu dapat juga di selesaikan.

 

Percintaan tidak ketinggalan dalam memperkuatkan lagi tema novel saga ini. Rahmah dan Munirah sangat menyintai satu dengan yang lain mereka mengambil keputusan untuk pulang ke Batu Ragi untuk membangunkan kampung itu. Di sini dpat kita lihat Munirah sanggup mengikuti suaminya walaupun kampang Batu Ragi berada di pendalaman.

 

Hisyam sanggup mengikuti sahabatnya Rahmat dan Munirah kerana kasih sayangnya pada Munirah tidak pernah pudar. Di kampung Batu Ragi Hisyam telah di pertemukan dengan Masita iaitu adik Rahmat dan Salwa yang kedua-duanya berminat padanya. Hisyam berbelah bahagi untuk memilih seorang dari pada mereka tetapi Masita telah meninggal dunia. Dalam masa yang sama Salwa mendapat peluang yang besar untuk memiliki Hisyam tetapi tidak kesampaian kerana Hisyam mengambil keputusan untuk pulang kebandar.

 

Rahmat yang sangat sayang kepada isterinya telah mengambil keputusan yang sangat tidak diduga iaitu menceraikan Munirah. Kerana percintaan mereka terputus kerana tidak mempunyai anak, atas desakan orang tuanya Rahmat terpaksa juga melepaskan Munirah.

 

Oleh : Nurshahrizah Binti Haji Nohdin.

Blok 1. Kump 2 (U6 –5)

Enter content here

TEMA

Berbagai-bagai definisi tema dikemukakan. Pokok persoalan atau makna yang terpenting di dalam karya adalah di antara pengertian yang sangat popular. Bagaimanapun tema ialah pusat penceritaan. Tema juga jawapan kepada aspirasi dan hasrat si pengarang. Kadang-kadang tema muncul secara jelas, tetapi ada masanya ia tersembunyi dalam cerita.

 

Tema sangat dekat dengan premis. Maksud premis di sini adalah pemikiran atau motivasi yang berada di belakang penciptaan, seperti tubuh badan manusia, yang menjadi premis tubuhnya ialah tulang belakangnya. Jadi, tulang belakang kepada karya ialah premis. Ada sesuatu pemikiran, desakan, sandaran, falsafah atau apa sahaja yang mendorong sesebuah karya itu diciptakan.

 

Tema mempuyai dua bahagian iaitu tema besar dan tema kecil. Tema besar ialah yang pusat penceritaan dan tema kecil atau sampingan ialah persoalan-persoalan yang berlaku yang turut membantu menguatkan tema besarnya. Ada juga yang berpendapat, sebuah novel itu banyak mengandungi persoalan. Misalnya dalam Novel SAGA ini mengandungi empat persoalan iaitu perjuangan, pengorbanan, cinta dan pembangunan.

 

Tema ada hubungannya dengan soal mesej dan falsafah. Setiap novel harus ada kedua-keduanya sekali, sekurang-kurangnya pemikiran. Yang dimaksudkan dengan mesej ialah perutusan, ajaran, amanat atau apa juga penyampaian buah fikiran yang bersifat positif. Ia mempunyai kaitan dengan aspek moral dan didaktisme . Setelah membaca sesebuah novel, akhirnya kita akan terasa pengalaman-pengalaman yang disampaikan sama ada melalui watak, dialog dan sebagai adasesuatu yang telah disampaikan oleh novelis.

 

Bagaimanakah teknik menganalisa atau menganalisis tema novel?

1.     Menerangkan apakah tema penting kepada novel tersebut dengan disertakan hujah untuk membuktikan penjelasan tersebut.

2.     Setelah menjelaskan temanya, terangkan pula bagaimana tema itu dikemukakan.

3.     Dibincangkan pula apakah tema novel itu penting atau tidak. Penting atau tidaknya selalu bergantung kepada keperluan semasa.

4.     Hal-hal lain yang berhubung dengan tema juga perlu dihuraikan seperti kaitannya dengan watak, bahasa dan plot.

 

PLOT.

Plot ialah rentetan peristiwa yang sambung-sinambung atas dasar sebab musabab. Tegasnya ialah jalan cerita. Perkembangan cerita dari awal hingga ke akhir di mana di dalamnya berbagai-bagai unsur seperti konflik, ironi, kejutan, suspen, ketergantungan, tensyen, dilemma dan sebagainya yang menjadikan karya itu menarik adalah unsur-unsur plot dalam novel. Kadang-kadang ada masanya, plot sangat dikaitkan dengan konflik, konflik sama seperti di dalam drama dijadikan elemen penting yang bakal menegang dan mengukuhkan pergerakan cerita.

 

Novel yang besar ia mengandungi satu jalur besar dan dibantu oleh beberapa jalur yang lain. Ertinya ada suatu peristiwa besar di samping wujud peristiwa-peristiwa lain yang menguatkan cerita besar. Istilah untuk itu dinamakan sebagai plot utama atau plot pokok dan plot sampingan atau anak plot.

 

Pada dasarnya ada empat perkara yang penting untuk memahami plot:-

1.           Dalam novel sekurang-kurangnya mesti ada satu plot utama. Cerita dan watak akan diperkembangkan melalui plot itu. Ceritanya ditimbulkan dan dimunculkan beberapa watak bagi menjiwai karya tersebut. Plot utama, sering digunakan lima tahap untuk perkembangannya:

I.          Bahagian pengenalan atau disebut eksposisi. Bahagian ini melihat bagaimana caranya si pengarang memulakan cerita.

II.       Ditimbulkan peristiwa pokok, novelis akan masuk ke dalam inti persoalan novelnya.

III.     Peristiwa itu semakin diruncingkan, ditimbulkan masalah dan situasi semakin gawat dan kritikal.

IV.   Ditahap yang terpenting sekali, iaitu klimaks; disinilah merupakan kemuncak cerita, situasi yang paling menarik dan mempersonakan.

V.      Segala masalah dan apa juga konflik dan ketengangan menemui jawapan, iaitu penyelesaian.

 

2.           Plot dikembangkan berdasarkan kepada sebab musabab.

3.           Untuk menjadikan sesebuah novel itu indah, bermutu dan menarik ia harus menggunakan unsur-unsur plot dramatik. Diantara unsur itu ialah konflik, tensyen, suspen, kejutan, ironi, dilemma dan sebagainya. Konflik ialah unsur pertentangan yang wujud diantara manusia dengan manusia, manusia dengan alam, manusia dengan masyarakat, manusia dengan dirinya sendiri dan berbagai-bagai lagi. Tensyen ialah unsur ketegangan, di mana dari satu bab ke bab yang seterusnya, ceritanya adalah sentiasa mengharukan, menyeronokkan dan gawat. Ini dapat dilihat dari sudut pertentangan watak dengan manusia, watak dengan dirinya sendiri atau watak itu melawan gejala alam.

 

Suspen adalah unsur penyembunyian cerita dan penungguan sesuatu rahsia atau misteri. Kejutan adalah dimaksudkan unsur yang tidak disangka-sangka. Ironi unsur yang menjelaskan di mana pembaca lebih tahu daripada watak dalam karya. Dilema ialah dalam suatu keadaan di mana sesebuah watak itu sedang menghadapi pilihan.

 

4.           Plot dalam novel memperlihatkan juga aspirasi dan hasrat si pengarang. Novel yang baik akan menyesuaikan apa yang menjadi aspirasi pengarangnya dengan cerita. Setiap pengarang tentulah mempunyai sesuatu pandangan hidup atau visi yang ingin disuguhkan dalam karya. Jadi plot yang baik akan dapat mengemukakannya dengan baik. Plot yang teratur dan kemas akan dapat menunjukkan secara aksplisit atau implisit akan visi dan aspirasi si pengarangnya.

 

WATAK DAN PERWATAKKAN.

Perwatakkan ialah orang-orang atau pelaku-pelaku yang menggerakkan plot. Ia disebut juga tokoh. Wataklah yang beraksi, bercakap, bertindak, berfikir, berkonflik dan menggerakkan perjalanan sesebuah novel. Ia terdiri daripada watak utama atau protagonist atau watak bulat yang mengalami perubahan dan perkembangan. Watak yang menentang watak protagonist disebut antagonis, ada masanya antagonis tidak manusia, boleh jadi anasir alam atau pemikiran.

 

Watak yang baik adalah menggambarkan kegiatan manusia. Watak itu bulat, penuh dan manyakinkan. Apa yang dilakukannya adalah besesuaian dengan manusia, tindakan dan gerakannya adalah dalam lingkungan kemanusiaan. Dan jika ia menjadi manusia luar biasa, telah diterangkan atau disediakan unsur-unsur bagaimana ia boleh menjadi luar biasa. Bagaimanapun suatu hal yang penting, watak dalam novel adalah manusia konkrit, manusia yang boleh ditemui sehari-hari, ia berfikir seperti orang lain berfikir dan bukanlah manusia yang aneh atau superman.

 

Bagaimanapun sebagai unsur fiksyen, imaginasi dan khayalan novelis haruslah dimasukkan ke dalam perwatakan. Jika tidak watak itu akan kering perwatakannya. Watak-watak itu juga akan bergerak cergas, sesuai dengan peranannya sebagai watak dinamis, ia akan mengalami dan menempuh berbagai peristiwa. Di samping watak yang giat, kita akan dapati pula watak tambahan, watak statik dan watak-watak yang muncul untuk menyokong dan mengukuhkan watak dinamik itu.

 

Ada berbagai-bagai cara untuk menentukan watak dan perwatakan yang bernilai dalam karya novel:-

1.     Watak itu hidup. Hidup dalam pengertian ia bergerak dalam lingkungan dan batasannya. Hidup juga harus mengertikan bagaimana caranya watak itu dikembangkan. Setiap watak dalam novel, lebih-lebih lagi watak penting mestilah mengalami perkembangan. Perkembangan watak itu akan diperhatikan dan dikembangkan menurut batasan dan sebab musabab yang autentik dan diterima akal. Perkembangan juga dimaksudkan sebagai perubahan. Watak yang baik sering disebut sebagai mengandungi motivasi perubahan.

 

2.     Watak-watak itu digambarkan secara langsung atau tidak langsung, tetapi memenuhi ketiga-tiga keperluan, iaitu fizikal, mental dan dalaman. Dimaksudkan dengan fizikal ialah Si novelisnya akan menerangkan secara naratif, dialog, deskriptif dan sebagainya bagaimanakah bentuk atau sifat fizikalnya, seperti orangnya hitam atau putih, tinggi atau rendah dan sebagainya. Dimaksudkan dengan keperluan mental ialah dari tindakan atau penjelasan, pembaca dapat mengetahui bahawa watak itu sama ada cerdik, pandai dan sebagainya. Dari dimaksudkan dengan dalaman ialah gambaran tentang jiwa watak. Apakah yang difikirkan oleh watak. Atau adakah dia seorang yang mengalami tekanan jiwa, lapang dada, terburu-buru atau manusia gelisah.

 

3.     Bagaimana cara mengindentifikasikan perwatakan juga sangat penting. Jika seorang novelis itu tidak pandai menggambarkan watak-wataknya maka tidak menariklah ceritanya. Ada berbagai-bagai cara watak itu diperkenalkan. Ada secara langsung, iaitu novelisnya sendiri menerangkan dan secara tidak langsung iaitu melalui tindakan watak, perbualan diantara watak, maksud cerita dan konflik novel.

 

4.     Ada dua pendapat yang saling bertentangan tentang konsep watak yang baik diukur dari kemahuan pembaca. Ada pembaca yang mahu berhadapan dengan manusia yang menjadi wakil kepada dirinya. Ia seolah-olah berkenalan dan bercakap dengan manusia yang ditemuinya seharian. Ada masanya ia menganggap watak dalam novel itu adalah jelmaan dirinya sendiri.

 

Dalam mengkaji perwatakan dalam novel;

1.     Kita akan mengetahui apakah peranan sesebuah watak itu dalam novel. Dengan mengetahui peranannya kita akan mengetahui pula dan gerakannya.

2.     Dengan tidak secara langsung, kita akan mengetahui pula situasi dan latar belakang masyarakat. Sebab watak tidak mungkin hidup dalam kekosongan kemasyarakatan. Dengan perkataan lain, sekaligus masyarakat dan latar belakangnya juga akan turut serta kita pelajari.

3.     Kita boleh memahami jiwa manusia, apalagi dalam novel begitu ramai dan banyak wataknya; kita akan dapat berkenalan dengan ramai manusia. Dunia manusia adalah dianggap penuh rahsia, mengandungi misteri, ‘magic’ dan kadang-kadang tidak terfikirkan oleh akal.

 

BAHASA DAN GAYA.

Bahasa ialah alat komunikasi. Tidak sekadar itu sahaja, bahasa juga ialah alat ekspirasi dan manifestasi. Gaya pula ialah stail. Ada gaya bahasa biasa, menggunakan prosa formal, memakai bahasa sehari-hari, ada juga yang penuh irama dan nada melankonik, malah terdapat pengarang yang suka mangaplikasikan bahasa sindiran, kiasan dan perbandingan. Gaya bahasa ialah cara kesukaan seseorang itu bercerita. Dan pokok atau matlamat penggunaan dari berbagai-bagai bentuk itu ialah bagi menimbulkan keindahan atau yang sering disebut sebagai estetik.

 

Bagaimana caranya keindahan atau estetika itu boleh wujud dalam novel?

1.     Bahsa dan penggunaannya memperlihatkan kecendurungannya untuk mengulangi pola-pola yang sama dan yang berhubungan. Perulangan ini boleh berlaku dalam pemilihan perkataan, penyusunan ayat dan dari sudut-sudut yang lain. Perulangan mestilah dihasratkan atau dimotivasikan oleh tujuan untuk menguatkan apa yang hendak disampaikan.

2.     Keindahan juga dapat menjelmakan dengan menggunakan berbagai-bagai eksploitasi tatabahasa. Maksudnya bahasa kreatif adalah berbeza dengan bahasa sains. Bahasa sains untuk mengemukakan fakta. Sedangkan bahasa kreatif untuk menimbulkan keindahan.

3.     Keindahan bahasa dapat ditimbulkan dengan menggunakan berbagai-bagai unsur bahasa dramatic seperti perbandingan, simile, metafora, kiasan, ambiguity, personifikasi dan bermacam-macam lagi. Disamping mengindahkan, tentu sahaja penggunaan unsur-unsur tersebut akan menguatkan makna yang hendak disampaikan serta menjelaskan maksudnya.

4.     Kekuatan bahasa juga selalu terbayang pada corak dan dimensi makna atau semantic. Setiap karya sastera harus mengandungi makna, iaitu ada sesuatu yang hendak disampaikan. 

 

 

LATAR TEMPAT.

Latar dalam novel dimaksudkan ialah latar belakang bagi tempat dan masa. Tegasnya, penelitian dari aspek latar ini untuk memperlihatkan sesuatu peristiwa yang terjadi dalam novel itu tidak berlaku dalam suatu keadaan yang kekosongan: kosong dari segi tempat dan masa.

 

Seperti dalam setiap novel, pengarangnya selalunya menggunakan latar tempat yang wujud di dunia sebagai contoh dalam Novel SAGA, pengarangnya menggunakan tempat Kampung Batu Ragi dan latar-latar tempat yang terkandung dalam kawasan Kampung tersebut. Tetapi ada juga setengah pengarang menggunakan latar tempat illusi iaitu tempat yang hanya direka-reka.

 

Latar masa pula berkaitan dengan bilakah berlakunya sesuatu peristiwa tersebut sebagai contoh siang, malam, pagi, petang, selepas isyak dan lain-lain lagi.

 

PENGAJARAN DAN NILAI MURNI.

Pengajaran yang dimaksudkan dalam novel ialah suatu pengalaman yang menjadi ikhtibar kepada para pembaca. Selalunya pengarang akan menyampaikan pengajaran mengenai kehidupan seharian manusia, mengenai percintaan para remaja dan bermacam-macam lagi.

 

Nilai murni pula ialah sesuatu peristiwa atau perbuatan yang suci sebagai contoh dalam Novel SAGA, ada menyentuh tentang kasih sayang suami isteri iaitu Munirah dan Rahmat. Munirah sanggup meninggalkan kehidupannya di kota semata-mata menemani suaminya untuk memajukan Kampung tempat suaminya dilahirkan. Begitu juga kasih sayang seorang sahabat contohnya, Hisyam, sahabat Rahmat, yang sanngup mengorbankan kehidupan mewahnya semata-mata menolong Rahmat dan banyak lagi nilai-nilai murni yang terkandung di dalam Novel SAGA.

 

 

Enter content here

Enter supporting content here